Nadi Care Podcast (Water Rescue Untuk Semua Teknik Mudah Selamatkan Mangsa Tanpa Berenang Part 2)

17 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan NADI Care Podcast yang bertajuk water rescue untuk semua teknik mudah selamatkan mangsa tanpa berenang part 2. Podcast ini telah memberi penekanan kepada kesedaran keselamatan air melalui pendekatan penyelamatan yang berfokus kepada keselamatan diri dan pemikiran rasional dalam situasi kecemasan. Hal ini membincangkan kepentingan membuat keputusan yang betul, memahami had keupayaan diri, serta peranan orang awam dalam membantu tanpa membahayakan nyawa sendiri.

Dengan olahan perbincangan yang jelas, berinformasi dan mudah difahami, podcast ini bertujuan mendidik pendengar agar lebih peka terhadap risiko di persekitaran air, meningkatkan kesedaran awam, dan memupuk sikap bertanggungjawab apabila berdepan insiden kecemasan melibatkan mangsa lemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali